fbpx

Nisha Dirr selamat menimang putera sulung menerusi pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nisha bersyukur dengan kelahiran putera sulungnya pada hari Jumaat yang penuh berkat.

PETALING JAYA – Selepas tiga hari ditahan dalam wad, pelakon Nisha Dirr selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan, pada Jumaat minggu lalu.

Nisha menerusi hantaran dalam laman Instagram meluahkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kelahiran zuriat sulungnya pada hari Jumaat yang penuh berkat.

Menurutnya, kesakitan yang ditanggung selama tiga hari sejak dimasukkan ke wad pada Rabu minggu lalu hilang sebaik sahaja menatap wajah puteranya itu.

“Alhamdulillahi rabbil alamin, pujian dan syukur saya serta suami panjatkan kepada Allah SWT atas berkat dan rahmatnya dengan kelahiran anakanda kami pada hari Jumaat, 6 Ogos 2021 dengan berat 3.25 kilogram.

“Rasa sakit terus hilang apabila tengok wajah Ayden. Gembira lain macam Allah sahaja yang tahu.

“Sempena kelahiran anakanda kami pada hari Jumaat yang penuh barakah, kami telah memberikan nama anakanda kami Tengku Ayden Alauddin.

“Ayden bermaksud berpendidikan, kebijaksanaan dan intelektual. Manakala Alauddin pula merujuk kepada ketinggian dan kemuliaan agama,” tulisnya.

Terdahulu, doktor menjangkakan pelakon yang popular menerusi drama Spa Q itu akan bersalin pada 7 Ogos, namun memintanya bersedia kerana mungkin boleh bersalin pada bila-bila masa sahaja.

Sebelum ini, Pada 5 Januari 2014, Nisha selamat bertunang dengan seorang usahawan, Edi Khusyairi Ab. Kadir di Pusat Konvensyen Sime Darby, bagaimanapun mereka disahkan putus tunang setahun selepas itu.

Sebagai rekod, Nisha Dirr atau nama sebenarnya Nik Shahri’ah Nik Dir, 38, mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Tengku Kamirul Rashid Tengku Mohd. Kamil pada Julai tahun lalu selepas beberapa bulan menyulam kasih.

Pasangan itu tidak menunggu lama untuk bernikah selepas kedua belah keluarga merestui perhubungan mereka. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI