JAKARTA – Netizen Indonesia menyelar tindakan seorang wanita yang menyamakan kecerdasan otak atau IQ penduduk negara itu dengan IQ gorila, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi satu gambar yang dimuat naik semula di Instagram @mardiguwp, wanita tersebut menunjukkan sebuah data mengenai tahap IQ penduduk bagi beberapa buah negara.
Bagi Indonesia, purata IQ rakyatnya berada pada tahap paling rendah iaitu 87 mata (di bawah paras normal).
IQ normal manusia adalah pada kadar 90 hingga 109, manakala IQ yang melebihi 140 dianggap genius.
Wanita tersebut kemudiannya menyamakan IQ penduduk Indonesia dengan IQ gorila, sekali gus menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen negara itu.
“Saya amat tersinggung kerana IQ orang Indonesia disamakan dengan gorila. Bangsa Indonesia itu adalah satu bangsa yang besar dan terbaik! Jangan hina kami,” tulis @mardiguwp.
“Serbu wahai netizen Indonesia,” tulis seorang lagi pengguna. – AGENSI