fbpx

Media mula berkampung di PMO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian petugas media yang 'berkampung' di luar pekarangan PMO sejak pukul 3 petang tadi.

PUTRAJAYA – Pengamal media mula ‘berkampung’ di luar bangunan Kompleks Bangunan Pejabat Perdana Menteri (PMO), di sini bagi mendapatkan perkembangan terkini situasi politik negara.

Lebih 20 pengamal media termasuk wartawan dan jurukamera pelbagai agensi dan berita tempatan mula berkumpul sejak pukul 3 petang tadi.

Ia susulan laporan kononnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan mesyuarat tergempar, petang ini.

Sebelum ini, media melaporkan satu mesyuarat Kabinet tergempar akan berlangsung petang ini, ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Muhyiddin difahamkan sudah hilang majoriti.

Memetik sumber Utusan Malaysia, mesyuarat yang akan diadakan di Putrajaya itu akan dihadiri oleh menteri-menteri dan timbalan menteri.

Mesyuarat Kabinet itu diadakan selang 24 jam selepas Muhyiddin mengumumkan pelawaan rentas parti kepada parti-parti di luar PN untuk membantunya meraih undi percaya di Parlimen September ini.

Dalam perutusannya petang semalam, Muhyiddin menyatakan tujuh tawaran kepada Ahli Parlimen pembangkang bagi meraih sokongan supaya kerajaan PN kekal berfungsi.

Tinjauan di luar bangunan kompleks PMO mendapati, sehingga pukul 4.30 petang tadi, tiada kenderaan menteri atau timbalan menteri dilihat memasuki pintu utama ke kompleks berkenaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI