fbpx

Maqis rampas 8,938 kg makanan ikan dari China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makanan ikan dari China tanpa permit import dirampas Maqis Selangor, kelmarin.

PELABUHAN KLANG – Tindakan sebuah syarikat tempatan membawa masuk makanan ikan seberat 8,938 kilogram (kg) dari China tanpa permit import yang sah membawa padah apabila ditahan di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat, di sini kelmarin.

Rampasan bernilai RM98,466.73 dilakukan menerusi sebuah kontena hasil rutin pemeriksaan pukul 5 petang.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor, berdasarkan siasatan mendapati kontena dari China itu telah berada di pelabuhan itu sejak 31 Julai lalu.

“Pemeriksaan mendapati makanan ikan yang telah diproses itu tidak mempunyai permit Import yang sah.

“Kesemua barang dagangan itu dipercayai untuk kegunaan sendiri dan dijual untuk pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Maqis Selangor, kes disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Tegasnya, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan penguatkuasaaan undang-undang akan terus diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian,” katanya. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI