fbpx

Lebih 300,000 orang berjaya divaksin menerusi Program Movak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halimah (kanan) ketika melancarkan Bas Movak Daerah Jelebu di Dewan Perpaduan Simpang Pertang, hari ini. /FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

JELEBU – Seramai 300,706 individu di seluruh negara telah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) sejak ia dilancarkan pada Jun lalu.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamad Sadique berkata, program Movak itu merupakan satu inisiatif untuk menyokong apa yang sedang dilaksanakan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Movak dilaksanakan dengan menggunakan 25 buah bas yang telah diubah suai dan bas-bas tersebut telah berada di negeri-negeri.

“Seramai 300,706 orang telah menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Movac ini dan daripada jumlah berkenaan seramai 201,288 orang telahpun menjadi penerima dos pertama dan 99,418 lengkap terima dos kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Bas Movak Daerah Jelebu di Dewan Perpaduan Simpang Pertang di sini hari ini.

Menurutnya, pada program hari ini seramai 300 orang penduduk dari kawasan Simpang Pertang telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, Halimah turut menyempurnakan pengagihan 250 kotak makanan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) untuk Parlimen Jelebu dan Jempol. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI