fbpx

Kumbang kura-kura merayap dalam usus lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumbang kura-kura itu ditemui sedang ‘merayap’ dalam usus pesakit tersebut. – Kolej Gastroenterologi Amerika

BETHESDA, MARYLAND – Sekumpulan doktor yang menjalankan prosedur kolonoskopi ke atas seorang pesakit terkejut apabila menemui seekor kumbang kura-kura yang masih hidup dalam ususnya, lapor laman berita Oddity Central, semalam.

Berdasarkan kajian kes yang diterbitkan dalam jurnal ACG Case Reports itu, serangga tersebut ditemui dalam usus seorang pesakit berusia 59 tahun ketika proses itu dilakukan untuk mengesan luka, ulser atau ketumbuhan.

Kumpulan doktor itu mengesyaki haiwan tersebut masuk ke dalam mulut lelaki berkenaan ketika dia sedang tidur.

Pesakit diberikan sejenis minuman koktel yang mengandungi polietilena glikol, iaitu sejenis julap osmotik yang digunakan untuk merawat sembelit.

Bahan tersebut dipercayai telah mempercepatkan ‘perjalanan’ kumbang kura-kura tersebut di dalam sistem pencernaan pesakit itu sehingga ia sampai ke bahagian usus.

“Penyediaan proses kolonoskopi mungkin telah membantu serangga tersebut untuk melepaskan diri daripada enzim pencernaan di perut dan usus kecil di bahagian atas,” kata penulis kajian kes tersebut.

Kajian kes tersebut bagaimanapun tidak menyatakan sama ada serangga itu berjaya dikeluarkan daripada usus pesakit berkenaan dalam keadaan masih hidup ataupun tidak. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN