fbpx

Kru kapal parah jatuh dalam tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM memberikan bantuan kecemasan sebelum membawa mangsa ke jeti Perikanan Kampung Acheh di Sitiawan.

LUMUT – Seorang kru kapal tangki parah selepas terjatuh ke dalam tangki pemberat atau ‘ballast tank’ yang terdapat di dasar kapal tersebut dekat perairan Pulau Jarak, malam tadi.

Kru warga India berusia 21 tahun itu patah tulang belakang dan cedera parah pada bahagian kepala, namun keadaannya dilaporkan stabil.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, ejen kapal tersebut menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum bot Benteng dikerah ke lokasi kejadian kira-kira pukul 8.30 malam.

Menurut beliau, kru dihantar bagi melaksanakan pemindahan dan bantuan perubatan kepada mangsa.

“Bot Benteng tiba di lokasi kejadian sekitar 31.7 batu nautika barat laut Pulau Jarak kira-kira pukul 3 pagi dan terus melaksanakan pemindahan.

“Mangsa seterusnya dibawa ke jeti Perikanan Kampung Acheh di Sitiawan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaik tiba di jeti pada pukul 4.30 pagi mangsa segera dibawa ke Hospital Pantai Seri Manjung bagi tindakan susulan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI