fbpx

Kemudahan fasiliti mampu percepatkan vaksinasi sebelum musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LIPIS – Fasiliti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Lembaga Kemajuan Wilayah negeri sedia digunakan bagi membantu mempercepatkan vaksinasi dalam kalangan penduduk luar bandar dan pedalaman.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, langkah itu penting bagi mempercepatkan program vaksinasi sebelum musim tengkujuh yang dijangka Oktober ini.

“Peranan Kemas banyak menumpukan aspek pendidikan, kemasyarakatan dan ekonomi di luar bandar, jadi ia boleh menyokong mempercepatkan penyelesaian program vaksinasi sebelum tiba musim tengkujuh pada awal Oktober atau November ini.

“Kemas antara agensi kerajaan yang banyak kemudahan logistik di luar bandar seperti dewan, pusat latihan kemahiran dan tadika sesuai dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekiranya perlu untuk mempercepatkan program vaksinasi selari dengan hasrat Program Imunisasi Covid-19 (PICK),” katanya ketika sidang akhbar di PPV Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini semalam.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, dalam berhadapan dengan musim tengkujuh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah telah bersiap sedia dalam pelbagai aspek termasuklah logistik.

Katanya, persediaan rapi perlu dilakukan dalam memastikan penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan dan mengelakkan jangkitan virus berbahaya khususnya dalam musim tengkujuh.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, program vaksinasi di seluruh negara berjalan lancar menyaksikan sehingga 11 Ogos lalu sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di negara ini telah menerima dos pertama. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI