fbpx

Imam Masjid Negara meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah buat keluarga Allahyarham di Facebook Masjid Negara, hari ini.

PETALING JAYA – Imam Masjid Negara, Ustaz Khisamudin Ismail dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Berita mengenai kematian itu dilaporkan di laman Facebook Masjid Negara Malaysia pagi tadi.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Khisamudin bin Ismail, imam Masjid Negara yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Ogos 2021.

“Moga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi kehilangan insan tersayang. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Saya ada maklumkan kepada beliau untuk menziarahinya bila ada masa yang sesuai. Namun, perancangan Allah SWT sudah pasti ada hikmahnya. Takziah diucapkan kepada keluarga Ustaz Khisamudin Ismail, Imam Masjid Negara,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya tadi.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI