ISKANDAR PUTERI – Cubaan membawa keluar udang harimau sejuk beku sebanyak 1,320 kilogram (kg) tanpa permit eksport yang sah ke Singapura berjaya Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), malam semalam.
Kegiatan itu berjaya dikesan pegawai penguatkuasa Maqis setelah pemeriksaan dibuat ke atas lori yang membawa muatan makanan laut itu pada pukul 11.30 malam.
Menurut kenyataan itu, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat cubaan mengelirukan pegawai Maqis dengan memberikan maklumat tidak tepat melibatkan udang harimau dibawa sebuah lori tersebut.
“Pemeriksaan terhadap udang Harimau sejuk beku itu yang diikrarkan oleh ejen penghantaran sepatutnya membawa hanya 3,880 kilogram udang tersebut di laluan lori eksport.
“Maqis mendapati sejumlah 5,200 kilogram udang Harimau sejuk beku berada dalam lori tersebut melebihi kuantiti yang diikrarkan.
“Kesemua 1,320 kilogram (kg) undang sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM6,600 ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pihak Maqis turut menahan seorang pemandu lori berkenaan yang berusia 39 tahun untuk merakamkan keterangannya sebelum dilepaskan. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929