fbpx

Berita Ebi Kornelis ditidurkan palsu – Azharina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Ebi Kornelis yang sebelum ini dirawat di hospital akibat Covid-19 disahkan sudah sembuh dan dibenarkan pulang dari Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) di Kampus Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kota Kinabalu, Sabah.

PETALING JAYA – Berita mengenai keadaan naib juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Ebi Kornelis yang didakwa ditidurkan kerana tahap oksigen menurun akibat dijangkiti Covid-19 tidak benar.

Rakan seperjuangannya, Azharina Azhar memaklumkan Ebi, 38, sudah pulih dan dibenarkan keluar dari Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) di Kampus Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

“Insya-Allah Ebi akan dibenarkan balik hari ini, manakala bapanya sudah dibenarkan balik sejak kelmarin,” kongsinya menerusi akaun Facebook.

Sebelum ini tersebar khabar mengejutkan mengenai penyanyi asal Sabah itu bersama bapanya, Yaimal Muhammad, 74, akan ditidurkan kerana keadaan kesihatan yang semakin merosot.

Selain sahabat Facebook Ebi, Azharina yang juga berasal dari negeri sama dengannya turut berkongsikan perkara tersebut.

Bagaimanapun, hari ini Azharina yang menerima makluman daripada sumber terdekat keluarga penyanyi itu berkongsi semula perkhabaran terbaharu dengan menyatakan dakwaan tersebut adalah berita palsu.

Terdahulu sebelum ini, Ebi dan kedua orang tuanya disahkan positif namun ibunya Reni Bakar, 81, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu pada 10 Ogos lalu.

Ebi yang kemudian ditempatkan di Hospital Tuaran, Sabah disebabkan sesak nafas dihantar semula ke pusat kurantin selepas keadaannya kembali seperti sedia kala, manakala bapanya pula di Hospital Queen Elizabeth. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI