fbpx

7 pemancing cemas terperangkap bawah jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh pemancing cemas apabila terperangkap di bawah jambatan di Kampung Pasir Senai, Kulai, dekat sini semalam. /FOTO IHSAN BOMBA

KULAI – Tujuh pemancing lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap bawah jambatan di Kampung Pasir Senai di sini setelah air sungai naik ketika sedang leka memancing dalam kejadian, semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Syafiq Rejab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.38 petang.

Susulan itu katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati tujuh pemancing berumur antara 18 hingga 28 tahun terperangkap di bawah jambatan ketika memancing.

“Difahamkan semasa memancing air mulai naik secara tiba-tiba. Bomba menggunakan teknik sistem tali dan alat penyelamat Personal Floating Device (PFD) dalam usaha menyelamatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, semua pemancing tersebut berjaya diselamatkan dan tidak berlaku sebarang kecederaan dan operasi tamat pada pukul 6.32 petang. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI