fbpx

60 peratus wanita hamil sudah terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (tengah) menyerahkan cek kepada wakil Pertubuhan Restu Amal Jasa Malaysia (kiri) di Rumah Seri Kenangan, di sini hari ini.

PARIT – Kira-kira 60 peratus daripada 150,000 ibu mengandung di seluruh negara yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera sudah menerima vaksin.

Justeru, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa proses vaksinasi kepada baki wanita hamil ini disegerakan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, golongan tersebut harus diberikan keutamaan demi memastikan mereka dilindungi daripada jangkitan Covid-19.

Menurut beliau, kerajaan sebelum ini telah memberi keutamaan kepada wanita hamil pada usia kandungan antara 14 hingga 33 minggu untuk menerima suntikan vaksin.

“Jadi saya berharap agar lebih ramai wanita hamil tampil mendapatkan suntikan vaksin kerana setiap daripada kita wajib menjaga keselamatan diri dan orang-orang sekeliling.

“Bukan sahaja ibu tetapi suami juga memainkan peranan penting, ingatlah vaksin yang diberikan ini bukan sahaja untuk isteri tersayang tapi juga anak dalam kandungan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa meninjau kesiapsiagaan pelaksanaan Projek Rintis Penyumberan Luar (ASD) di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar di sini.

Projek Rintis ASD di rumah kebajikan tersebut merupakan kolaborasi strategi antara kerajaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pengurusan pusat penjagaan warga emas. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI