fbpx

[VIDEO] 13 ambulans, bas bawa pesakit Covid-19 timbul tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan 13 ambulans dan bas KKM yang didakwa membawa pesakit Covid-19 dari Johor Bahru ke Hospital Mersing.

MERSING – Penduduk di daerah Mersing diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang negatif susulan tular video dipercayai membawa pesakit Covid-19 didakwa dari Johor Bahru ke Mersing, sejak semalam.

Pegawai Daerah Mersing, Mohd. Radzi Mohd. Amin berkata, beliau dimaklumkan Pengarah Kesihatan Negeri dan Hospital Mersing akan membuat kenyataan akhbar tentang perkara tersebut.

“Bagi pentadbiran daerah, saya mohon kerjasama masyarakat Mersing agar sentiasa tenang dan sabar.

“Diharap masarakat tidak membuat apa-apa spekulasi yang negatif tentang perkara ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular video dan mesej mendakwa sebanyak 13 buah ambulans dan sebuah bas yang diiringi kenderaan polis menghantar pesakit Covid-19 dari Hospital Johor Bahru ke Hospital Mersing.

Mesej berkenaan turut mendakwa Hospital Mersing menjadi pusat pesakit Covid-19 bagi 29 pesakit ekoran hospital di Johor Bahru yang sudah tidak muat untuk menerima pesakit.

Keadaan itu sekali gus telah mengundang kebimbangan dalam kalangan masyarakat Mersing. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI