fbpx

Wanita cuba ‘beli’ pegawai polis dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wang tunai yang dirampas daripada seorang wanita selepas dia cuba menyogok pegawai polis sebagai dorongan untuk melepaskan tunangnya yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah. - Foto IHSAN PDRM

KUALA LUMPUR – Cubaan seorang wanita merasuah dua pegawai polis dengan wang tunai berjumlah RM21,000 sebagai dorongan untuk melepaskan tunangnya yang ditahan atas kesalahan mengedar dadah akhirnya mengundang padah apabila dia turut ditahan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kira-kira pukul 5.30 petang semalam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah(BSJND) Sentul telah menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

“Suspek berusia 24 tahun yang sedang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah ditahan di sebuah kawasan perumahan di Jalan 1/2B Off Jalan Ipoh dan pemeriksaan dilakukan telah menemui 13 peket plastik berisi dadah jenis methamphetamine dianggarkan seberat 168.66 gram.

“Turut ditemui adalah tiga peket plastik disyaki berisi heroin dianggarkan seberat 2.92 gram dan suspek juga didapati positif dadah selain memiliki satu rekod lampau berkait dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Eng Lai, kira-kira pukul 12.30 tengah malam hari yang sama, seorang wanita tempatan berusia 22 tahun yang merupakan tunang kepada suspek yang ditahan telah hadir ke pejabat BSJND Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan cuba menawarkan wang tunai berjumlah RM21,000.

“Wang berkenaan adalah sebagai sokongan untuk membebaskan tunangnya yang telah ditahan. Wanita berkenaan telah diberi amaran supaya berhenti daripada meneruskan niatnya itu, namun tidak diendahkan, jadi tangkapan telah dibuat.

“Wanita berkenaan terus ditangkap atas kesalahan menawarkan suapan kepada pegawai polis dan pihak kami turut merampas wang tunai berjumlah RM21,000,” tegas beliau.

Tambah Eng Lai, tangkapan dan barang kes akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.

“Suspek lelaki yang ditahan kerana disyaki mengedar dadah pula kini ditahan reman sehingga 19 Ogos depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI