KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) bersama 175 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum meminta campur tangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menghentikan persengketaan politik negara di pintu utama Istana Negara di sini hari ini.
Pengerusi Ummah, Mohd. Zai Mustafa berkata, beliau berharap campur tangan Agong akan kembalikan kestabilan dan keharmonian serta mengekalkan kerajaan sedia ada untuk melaksanakan urusan tangani Covid-19 sehingga terkawal.
“Saya merayu agar, Seri Paduka Baginda menasihati pemimpin-pemimpin politik fokus menangani isu Covid-19 serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Selepas terkawal boleh serahkan mandat kepada rakyat untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) supaya rakyat dapat memilih pemimpin yang bertanggungjawab dan berjiwa rakyat bagi mentadbir negara.
“Keadaan pada hari ini, kebanyakan pemimpin politik menunjukkan sikap tidak mengutamakan rakyat seperti dapat dilihat pada sidang bahas di Parlimen baru-baru ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum di Istana Negara di sini hari ini.,” ujarnya.
Kata beliau, Ummah juga berpendapat isu pertukaran Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri atau pertukaran kerajaan bukanlah perkara yang sesuai dilakukan pada masa ini kerana ia hanya akan menambahkan lagi kecelaruan sedia ada.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929