fbpx

Tembakan : Suspek rampas senjata api sebelum tembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kem Tentera Udara Diraja Malaysia Kota Samarahan.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan suspek yang melepaskan tembakan dalam kejadian di Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kota Samarahan, Sarawak pagi tadi telah merampas senjata api dari tempat simpanan senjata api di balai pengawal di lokasi kejadian.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Polis Mancha Ata berkata, siasatan awal mendapati salah seorang anggota TUDM iaitu suspek telah merampas senjata berkenaan dan melepaskan tembakan setelah cuba ditenangkan oleh rakannya.

“Suspek kemudiannya masuk ke bahagian bilik rehat dan menembak seorang lagi mangsa di bahagian sisi dada sebelah kanan mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian sebelum menembak seorang lagi anggota pada bahagian belakang badan.

“Suspek kemudiannya membunuh diri dengan menembak bahagian bawah dagu menembusi otak dan mati di tempat kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Mancha, susulan kejadian tembakan itu, tiga anggota TUDM telah disahkan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi yang sebelum ini parah disahkan meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi di Hospital Jantung Kota Samarahan.

“Pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Forensik Hospital Umum Sarawak telah bergegas ke lokasi dan setakat ini siasatan meliputi pengambilan sampel DNA, senjata, kesan tembakan dan kelongsong senjata yang akan dihantar ke forensik dan Jabatan Kimia untuk siasatan selanjutnya.

“Selain itu, pihak polis telah meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan saksi akan dipanggil untuk siasatan lanjut, namun motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Tambah Mancha, maklumat suspek dan mangsa akan dirahsiakan untuk menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga dan orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atas kejadian tersebut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI