fbpx

Taktik edar dadah guna syarikat kurier terbongkar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bungkusan mengandungi dadah yang dirampas daripada suspek menerusi beberapa tangkapan di sekitar Lembah Klang kelmarin. - Foto IHSAN PDRM

PETALING JAYA – Taktik licik tiga individu mengedar dadah menggunakan perkhidmatan penghantaran barang tidak berpanjangan apabila berjaya dihidu pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Cheras menahan seorang lelaki tempatan pukul 11.45 pagi, 11 Ogos lalu.

“Suspek ditahan di sebuah syarikat penghantaran barang di Cheras kerana menghantar barangan dipercayai dadah dan pemeriksaan ke atas kotak yang dikirim mendapati ianya dadah jenis methamphetamine seberat 2,316 gram.

“Pada pukul 2.30 petang hari sama, suspek membawa polis ke sebuah kondominium di Kajang, Selangor dan menahan seorang lagi lelaki tempatan. Seorang lagi lelaki turut diberkas kondominium sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan di kondominium itu menjumpai beberapa dokumen kiriman dan pukul 4 petang hari yang sama, suspek pertama telah membawa pasukan serbuan ke sebuah pangsapuri di Wangsa Maju.

“Hasil pemeriksaan di rumah menjumpai methamphetamine seberat 6.90 gram, ketamin (7.88 gram), heroin (2.36 gram) dan erimin 5 (4.42 gram).

“Kesemua suspek berusia 44, 59 dan 26 tahun yang ditahan tidak bekerja,” ujar beliau.

Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM85,000 dan mampu dibekalkan kepada 5,000 penagih di Kuala Lumpur.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI