fbpx

Rentas negeri demi kekasih 17 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejabat Agama Daerah Kulim menyerbu rumah sewa lelaki tersebut di sebuah rumah kampung di daerah ini pada pukul 1 pagi semalam.

KULIM – Demi cinta, seorang lelaki sanggup melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan merentas negeri dengan menggunakan lorong tikus untuk mengambil teman kekasihnya di Pulau Pinang.

Perbuatan pemuda berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah kilang ayam di daerah ini bagaimanapun terbongkar selepas dia dan pasangannya yang berusia 17 tahun ditahan dalam operasi cegah maksiat semalam.

Pasangan itu ditangkap selepas sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) menyerbu rumah sewa lelaki tersebut di sebuah rumah kampung di daerah ini pada pukul 1 pagi.

Pasangan tersebut baru mengenali antara satu sama lain menerusi aplikasi WhatsApp sejak seminggu lalu.

Pegawai Penguat Kuasa PADK, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, operasi itu dijalankan hasil maklumat dan aduan orang awam.

“Bertindak atas maklumat, pihak kami membuat pemeriksaan di rumah tersebut dan seorang lelaki yang memakai baju kemeja T serta berseluar paras lutut membuka pintu.

“Pihak kami kemudian memaklumkan tujuan kehadiran dan pemeriksaan lanjut di dalam rumah tersebut menemui seorang remaja perempuan,” katanya kepada Kosmo! Di sini semalam.

Menurut Anwar Shariffudin, semasa pemeriksaan dijalankan, remaja perempuan tersebut yang sudah tidak bersekolah bersembunyi di dalam bilik air tanpa pakaian.

Jelas beliau, hasil soal siasat, lelaki yang berasal dari Padang Serai itu memaklumkan dia yang bekerja di kilang ayam sudah lengkap dua dos vaksin dan baru mengenali pasangannya yang bekerja di kedai makan kira-kira seminggu lalu..

“Lelaki itu memaklumkan dia menggunakan lorong tikus untuk mengambil pasangannya yang tinggal di Juru kira-kira 18 kilometer dari lokasi serbuan,” ujarnya.

Katanya lagi, ketika pemeriksaan, pasangan terbabit gagal menunjukkan sebarang dokumen bagi membuktikan mereka mempunyai hubungan mahram atau pasangan suami isteri.

“Mereka ditahan dan seterusnya dibawa ke Balai Polis Kulim di sini untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI