fbpx

Remaja maut, motosikal bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang rosak teruk akibat bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 26, Jalan Jerantut-Hulu Cheka berdekatan Kampung Koi di Jerantut semalam.

JERANTUT – Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 26, Jalan Jerantut-Hulu Cheka berdekatan Kampung Koi, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Jerantut, Deputi Superintendan Azman Mat Kamis berkata, kejadian ‏kira-kira pukul 6.55 petang itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Nur Haqiemie Suhadi, 18, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kambung Baru di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian, remaja yang menunggang motosikal itu dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta.

“Akibat pertembungan ini, mangsa telah maut di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.  – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI