PUTRAJAYA – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan diperluas dalam kalangan remaja tertentu berumur 12 hingga 17 tahun mulai pertengahan September depan.
Perkara itu disahkan Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Twitter selepas satu surat pekeliling yang ditandatangani Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham tersebar di aplikasi WhatsApp.
Khairy Jamaluddin berkata, golongan remaja itu melibatkan semua individu berumur 16 hingga 17 tahun dengan atau tanpa masalah kesihatan tertentu.
“Selain itu, individu berumur 12 hingga 15 tahun dengan masalah kesihatan tertentu juga dibenar mendapatkan vaksinasi.
“Implementasi pemberian vaksin ini bergantung kepada bekalan vaksin,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929