PETALING JAYA – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai tahun hadapan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak berhasrat untuk terus memegang tampuk kepimpinan negara.
“Dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai.
“Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat akujanji bahawa PRU-15 akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan,” katanya ketika menyampaikan ucapan khas hari ini. – K! ONLINE