PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang juga golongan antivaksin meminta bantuan sukaralewan di pusat pemberian vaksin (PPV) untuk mengeluarkan sijil pengesahan telah di vaksin mendapat kecaman orang ramai di laman sosial.
Menerusi perkongsian sukarelawan dikenali sebagai Cik Alink di laman Facebooknya, individu tersebut tidak mahu divaksin tetapi dia mahu MySejahtera mengeluarkan sijil yang mengesahkan dia telah di vaksin.
“Permintaan individu ini seolah-olah kita ni berkuasa, macam petik jari je dah dapat tolong dia hanya kerana kita bertugas di PPV dan di bahagian MySejahtera.
“Kalau tuan bayar saya RM2 juta sekali pun, saya tak akan bantu tuan. Tuan seolah-olah tak menghormati kerja buat kami dan menganggap permintaan tuan itu satu permintaan yang remeh,” katanya di laman Facebook.
Cik Alink menambah, tindakan lelaki tersebut hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan jika dijangkiti Covid-19.
“Saya bukan nak doakan tuan mati kena covid, tetapi apa yang tuan buat ni salah, dan boleh menimbulkan permasalahan di kemudian hari.
“Tuan bayangkan, tuan ada sijil MySejahtera tapi tuan belum disuntik vaksin, tuan dibenarkan masuk ke restoran, rentas daerah, negeri dan sebagainya. Bayangkan tuan penyebar virus delta dan virus itu tersebar luas akibat tuan yang berpura pura telah di vaksin,” tegasnya.
Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna mengecam perbuatan lelaki tersebut yang dianggap mementingkan diri.
Pada masa sama, pengguna Facebook juga menyeru sukarelawan itu supaya membuat laporan polis agar tindakan dapat diambil terhadap lelaki tersebut.-K! ONLINE
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929