fbpx

Kompleks Menara Condong ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas MPTI melakukan kerja-kerja sanitasi di Kompleks Menara Condong Teluk Intan semalam.

TELUK INTAN – Individu dan sesiapa yang telah berkunjung ke Kompleks Menara Condong di sini diminta mengemas kini maklumat kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak.

Ini berikutan kompleks berkenaan telah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi jangkitan Covid-19.

PKD Hilir Perak dalam satu kenyataan memberitahu, individu berkenaan hendaklah melengkapkan borang penilaian risiko yang boleh diakses menerusi pautan pada laman Facebook pusat tersebut.

“Sekiranya anda pekerja, penghuni atau pengunjung Kompleks Menara Condong sila lengkapkan borang penilaian risiko https://tinyurl.com/KompleksMC. Jika anda sudah mempunyai gejala sila dapatkan pemeriksaan segera,” ujar kenyataan itu.

Berikutan itu, kompleks berkenaan telah diarahkan tutup oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) selama 10 hari sehingga 21 Ogos ini bagi kerja-kerja sanitasi.

Dalam pada itu, PKD Hilir Perak turut memaklumkan bahawa satu kluster jangkitan terbaru dikesan melibatkan sebuah pusat jagaan yang terletak di Taman Retna, Jalan Manggis di sini.

Sehingga semalam, sebanyak 15 kes baharu direkodkan dengan jumlah kes keseluruhan adalah sebanyak 18 kes.

Sehubungan itu, mana-mana warga emas berusia 60 tahun ke atas boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara datang terus ke pusat pemberian vaksin terdekat. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI