fbpx

Kaunter JPJ dibuka hujung minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara akan beroperasi pada hujung minggu bermula hari ini di negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor dan esok bagi negeri-negeri lain.

JPJ menerusi satu notis makluman pelanggan berkata, waktu operasi kaunter adalah dari pukul 9 pagi hingga 1 petang dengan kesemua urusan adalah secara janji temu berjadual.

“Kaedah ‘walk-in’ tidak dibenarkan manakala mod pembayaran adalah secara tanpa tunai bagi operasi hujung minggu ini,” katanya hari di sini hari ini.

JPJ berkata, kapasiti petugas kaunter adalah mengikut garis panduan pengoperasian pejabat kerajaan mengikut fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) negeri masing-masing.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard Covid-19 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI