fbpx

Jakoa urus jenazah Orang Asli secara percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Urusan pengebumian jenazah Orang Asli yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di Pos Brooke, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Proses pengendalian mayat pesakit Covid-19 melibatkan masyarakat Orang Asli di daerah ini dijalankan secara teratur dan terurus.

Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Gua Musang, Azman Ngadiron berkata, Jakoa mengambil tanggungjawab bagi mengurus semua jenazah Orang Asli yang meninggal dunia akibat jangkitan wabak Covid-19.

Katanya, selain tanpa dikenakan sebarang bayaran, Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan agensi keselamatan lain banyak membantu melancarkan proses pengebumian jenazah di perkampungan Orang Asli.

“Jakoa juga akan terus menjaga kebajikan mereka yang masih lagi dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) atau masih kekal di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dengan memberi bantuan bekalan makanan,” katanya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI