fbpx

Fedtri Yahya terharu terima Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fedtri Yahya terharu terima Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah Kategori Pendakwah Kreatif sempena sambutan Maal Hijrah 1443 peringkat Wilayah Persekutuan.

PETALING JAYA – Pengacara dan penyampai radio Buletin FM, Ahmad Fedtri Yahya tidak menyangka menjadi salah seorang penerima anugerah sempena sambutan Maal Hijrah 1443 peringkat negeri Wilayah Persekutuan pada Selasa lalu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pengacara yang terkenal dengan lantunan kata-kata puitis itu telah menerima anugerah bagi kategori Anugerah Khas Tokoh Kategori Pendakwah Kreatif 1443H (2021M).

“Ya Allah terkejut sangat dan pada masa sama bersyukur atas penghargaan ini. Kejayaan ini sebenarnya atas kerjasama pasukan yang hebat di Media prima dalam menghasilkan karya indah seperti Jejak Rasul.

“Juga buat pasukan hebat dalam menghasilkan lagu-lagu berjiwa besar. Tidak lupa pasukan yang berjuang untuk menghasilkan buku-buku bermakna. Biar kecil tetapi itsiqamah, insya-Allah,” tulisnya.

Difahamkan, Fedtri yang mengendalikan segmen Ilham Sanubari di stesen radio Buletin FM itu diberikan penganugerahan tersebut berdasarkan karyanya melalui program televisyen, lirik lagu dan penulisan beberapa buah buku.

Dalam hantaran itu juga, Fedtri juga tidak melupakan jasa pada rakan sekerja, sahabat sejati serta keluarganya.

“Terima kasih rakan sekerja, sahabat- sahabat sejati dan penyokong yang sentiasa memberi kata semangat. Istimewa buat keluarga, isteri dan anak-anak tercinta yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dan inspirasi,” ujarnya.

Selain Fedtri, individu lain yang turut menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah ialah Dr. Ismuni Bohari bagi kategori Frontliner, Roslee Ali (Frontliner), Datuk Dr. Haji Ramly Mokni (Korporat) dan Nur Maisarah Leong Yoke Keen (Mualaf). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI