fbpx

Enam maut kejadian tembakan di England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis ketika tiba di Royal Navy Avenue, berhampiran lokasi kejadian di kawasan Keyham di Plymouth. -PA

LONDON – Enam orang termasuk suspek lelaki bersenjata terbunuh dalam ‘insiden senjata api serius’  di bandar Plymouth, barat daya England semalam, kata polis.

Polis Devon dan Cornwall mengisytiharkan ‘insiden kritikal’ di kawasan Keyham, Plymouth selepas kejadian tembakan tersebut awal semalam tetapi kemudian menolak kaitannya dengan keganasan.

Polis bertindak bersama perkhidmatan kecemasan lain termasuk kakitangan ambulans udara selepas menerima aduan kejadian itu di sebuah kawasan perumahan berhampiran beberapa dermaga di Plymouth.

“Dua wanita dan dua lelaki meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Polis Devon dan Cornwall dalam satu kenyataan semalam.

Polis berkata, seorang lelaki lain dipercayai suspek bersenjata  juga ditemui mati, manakala seorang wanita yang dirawat di tempat kejadian meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian.

“Semua mereka dipercayai mati akibat luka terkena tembakan,” kata polis.

Tidak lama selepas polis mengesahkan jumlah kematian, ahli parlimen tempatan, Luke Pollard berkata, antara yang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

“Lebih ramai orang dirawat kerana mengalami kecederaan,” kata Pollard.

Tidak jelas mengenai kaitan antara mangsa dan suspek ataupun apa yang sebenarnya berlaku di bandar yang didiami 262,000 penduduk itu, namun polis masih meneruskan siasatan.

“Ini bukan kejadian yang berkaitan dengan keganasan,” kata polis Devon dan Cornwall. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI