fbpx

Cari RM1,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR AIZAN menyusun petai jualannya di Kampung Batu 4, Binjai, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Demi kelangsu­ngan hidup, seorang pengusaha van sekolah yang kehilangan punca pendapatan utama bertukar profesion menjadi penjual petai, laksam dan kuih-muih.

Nor Aizan Sulong, 60, berkata, suaminya, Aziz Muda, 68, yang juga pesara swasta turut me­ngail ikan sebagai ikhtiar menyara kehidupan sekeluarga dan membayar ansuran bulanan pinjaman van sekolah mereka.

“Ansuran pinjaman van sekolah sebanyak RM1,000 sebulan masih perlu dilunaskan walaupun sudah lama tidak beroperasi ekoran penutupan persekolahan secara bersemuka.

“Saya akan bangun pukul 5 pagi membuat laksam untuk diedarkan ke kedai makan sekitar Chukai setiap pagi.

“Biasanya saya menerima tempahan 30 gulungan laksam yang dijual RM1 setiap satu,” katanya ketika ditemui di gerai petainya di Kampung Batu 4, Binjai di sini semalam.

Nor Aizan berkata, bagi menambah pendapatan, dia menjual petai pada harga RM8 seikat sejak dua bulan lalu.

Ibu kepada tiga anak dan memiliki empat orang cucu tersebut berkata, anak bongsunya, Ahmad Ikram Hakim Azis, 33, turut membantu menjaja petai jualannya dengan menaiki motosikal di sekitar bandar Chukai.

“Jualan petai yang diperolehi purata RM80 sehari. Saya juga sekali sekala menerima tempahan kuih-muih bagi menambah pendapatan.

“Hasil jualan laksam, petai dan ikan, kami gunakan secara berjimat-cermat, yang penting ansuran pinjaman van sekolah tidak tertunggak,” katanya.

Nor Aizan yang sudah 22 tahun memandu van sekolah berharap pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka pada bulan depan kembali memberi sinar harapan kepada kehidupan keluarga.

Saya harap sekolah akan dibuka selepas ini untuk saya terus dapat mencari rezeki,” katanya yang terpaksa bertahan ketika wabak melanda sejak tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI