fbpx

Bunuh diri kerana obses dengan teori konspirasi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Galley mati di rumah seorang ahli keluarganya di Lancashire pada 30 April lepas. – Google

LONDON – Seorang ahli teori konspirasi yang percaya bahawa Covid-19 merupakan  tipu muslihat bagi mencipta ‘orde dunia baharu’ bertindak membunuh diri  selepas mengalami gangguan mental yang kronik, lapor portal berita MailOnline semalam.

Wayne Paul Galley, 47, dilaporkan mati di rumah seorang ahli keluarganya di Lancashire, Britain pada 30 April lepas.

Dia dikatakan mengalami gangguan mental yang kronik dan menjadi obses dengan pelbagai teori konspirasi.

Koroner kawasan tersebut, Richard Taylor membacakan kenyataan isteri Galley, Claire yang  berkata,  suaminya percaya bahawa Covid-19 adalah penghujung kepada kehidupan normal.

Justeru, dia perlu melindungi keluarganya dengan menyimpan makanan.

“Claire telah cuba untuk membawa Galley berjumpa dengan pakar psikiatri.

“Dia juga tidak tidur selama lima hari. Ketika perintah berkurung yang pertama, terdapat perubahan ketara dalam personaliti Galley dan dia menjadi obses dengan pemikiran bahawa kerajaan cuba untuk mengawal setiap orang menerusi Covid-19.

“Galley juga percaya bahawa virus itu adalah satu muslihat untuk menghapuskan sebilangan besar populasi supaya  pemerintahan era dunia baharu dapat diwujudkan,” kata Taylor.

Sementara itu, Claire turut memberitahu bahawa suaminya percaya peralatan elektrik di rumah mereka memahami percakapannya dan menganggap orang ramai akan datang kepadanya.

Dia kemudiannya meletakkan lebih banyak kunci pada tingkap-tingkap dan pintu selain menjadi semakin obses.

“Pada hari kematiannya, dia memberitahu isterinya bahawa dia tidak memerlukan sebarang bantuan,” tambah Taylor. 

Selepas menilai kesemua bukti, koroner melaporkan kes itu sebagai bunuh diri. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI