fbpx

Arsenal harapkan permulaan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arsenal perlu mencari kemenangan untuk aksi pembukaan liga bagi mengembalikan keyakinan selepas melalui tempoh yang sukar musim lalu. – AFP

LONDON – Arsenal bakal membuka tirai saingan musim ini de­ngan turun menentang pendatang baharu Liga Perdana Inggeris, Brentford di Stadium Komuniti Brentford awal pagi esok.

Ketika keputusan aksi pramusim yang dilalui Arsenal dilihat tidak begitu baik, mereka berharap dapat mencari permulaan terbaik dengan me­raih kemenangan pada aksi ber­kenaan.

Musim ini, pengurus mereka, Mikel Arteta tidak mempu­nyai pilihan kecuali memastikan mereka berjaya berada dalam kelompok pasukan yang mampu layak beraksi di pentas Eropah selepas hanya menamatkan sai­ngan di tangga kelapan musim lalu.

The Gunners turun berdepan Brentford dengan rekod dua kekalahan pada aksi persahabatan pramusim selepas tewas kepada Chelsea dan Tottenham Hotspurs sebelum ini.

Lebih meresahkan Arteta, beliau bakal kehilangan pemain tengahnya, Thomas Partey yang mengalami kecederaan ketika aksi menentang Chelsea sebelum ini dan dijangka terlepas dua lagi aksi selepas menentang Brentford nanti.

“Thomas berdepan masalah kecederaan ligamen pada buku lali kaki kirinya. Dia hanya akan kembali selepas tempoh tiga minggu pemulihan atau lebih lama lagi,” menurut kenyataan daripada kelab itu.

Selain itu, Arsenal turut mengesahkan bahawa pemain mudanya, Eddie Nketiah juga terpaksa berehat dalam tempoh sebulan kerana mengalami kecederaan buku lali.

“Eddie juga mengalami sedikit kecederaan di bahagian buku lali ketika menentang Chelsea dan perlu berehat untuk tempoh sebulan. Dia akan terus berada dalam pemantauan pakar perubatan pasukan,” ujar ke­nyataan itu lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI