fbpx

Abang Aminolhuda maut akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminolhuda Hassan

JOHOR BAHRU – Abang kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan meninggal dunia semalam akibat dijangkiti Covid-19 iaitu pada hari yang sama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diadakan.

Aminolhuda menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya berkata, abangnya Mohd. Khairuddin, 67, meninggal dunia pada pukul 6.30 pagi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Parit Yaani terpaksa bergegas pulang untuk menghadiri pengebumian di Tanah Perkuburan Parit Tarom dekat Muar selepas selesai Persidangan DUN.

“Baru seminggu kaki beliau dipotong dibawah lutut kerana kencing manis, sekembalinya dari hospital dijangkiti Covid-19 dan disahkan meninggal dunia.

“Selepas selesai perasmian dewan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, saya balik ke kampung untuk memberikan penghormatan terakhir kepada abang,” tulisnya.

Jenazah Mohd. Khairuddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Surau Parit Tarum, Jalan Temenggong, Muar pada pukul 2.30 petang, semalam.

Untuk makluman, Johor merupakan negeri pertama yang mengadakan sidang dewan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI