PUTRAJAYA – Sebanyak 21,468 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,363,683 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 7,449 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (2,183 kes), Kedah (1,807 kes), Sabah (1,654 kes), Johor (1,485 kes), Pulau Pinang (1,316 kes) dan Kelantan (1,088 kes).
“Negeri Sembilan pula (974 kes), Perak (940 kes), Melaka (723 kes), Sarawak (715 kes), Pahang (572 kes) dan Terengganu (440 kes).
“Putrajaya (66 kes), Perlis (50 kes) dan Labuan (enam kes),” katanya pada Facebook di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929