fbpx

Wanita sibuk bergosip sebabkan 100 buah rumah hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman pemandangan kawasan kebakaran yang dijilat api di Komplek Perumahan Leppin, Makassar. - Terkini.id

JAKARTA –  Berpuluh-puluh buah  rumah hangus terbakar di Makassar, Indonesia gara-gara salah seorang penghuninya sibuk bergosip dengan jiran tetangga, lapor Suara.com semalam.

Kejadian yang berlaku di Kompleks Perumahan Leppin, Kecamatan Tamalate itu dipercayai berpunca daripada letupan dapur gas yang tidak ditutup apinya.

Ketua Polis Bomba Kota Makassar, Hasanuddin berkata sebanyak 95 buah rumah musnah akibat kebakaran tersebut.

“Pihak bomba terpaksa mengerahkan 22 jentera bomba  dan 95 anggota untuk mengawal kebakaran hingga padam.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan),” kata Hasnuddin.

Salah seorang penduduk memberitahu, kejadian berpunca dari seorang wanita yang sibuk berbual dengan jiran sehingga terlupa menutup api ketika memasak menggunakan  dapur gasnya.

Semua penduduk yang terjejas akibat kebakaran kini menumpang tidur di masjid daerah sementara bantuan lain tiba. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN