fbpx

Usul undi percaya dibentang 7 September 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

CYBERJAYA – Tarikh terkini bagi membentangkan undi percaya di Parlimen adalah pada 7 September dan bukannya 18 Ogos seperti didakwa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifudin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang berkata, Setiausaha Dewan Rakyat sudahpun menyerahkan notis pemberitahuan kepada semua Ahli Parlimen mengenai perkara berkenaan.

“Buat masa ini, itulah (7 September) tarikh rasmi yang diterima mengikut kepada jadual.

“Usul undi percaya itu akan dibawa sama ada oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau menteri lain yang akan diarahkan oleh Kabinet,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi turun padang secara maya bersama Agensi CyberSecurity Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan ada usaha untuk mempercepatkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri dibentangkan pada 18 Ogos ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI