fbpx

Ta Win peroleh kontrak pembekalan daripada ApTiv PLC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengeluar produk tembaga terkemuka, Ta Win Holdings Bhd. (Ta Win) menerusi anak syarikatnya, Cyprium Wire Technology Sdn. Bhd. (CWT) mengumumkan penerimaan kontrak daripada syarikat mobiliti dan teknologi global, ApTiv PLC yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Pengarah Urusan Kumpulan Ta Win, Datuk Seri Ngu Tieng Ung berkata, kontrak tersebut adalah untuk pembekalan kabel
dan komponen automotif bagi model kenderaan tempatan di Malaysia.

Menerusi kontrak berkenaan, CWT akan membekalkan 13 jenis komponen Aptiv yang terdiri daripada sistem pembekalan kuasa dan isyarat, kabel bertekanan tinggi, kabel bateri dan komponen lain untuk tempoh enam bulan bermula 1 Julai de­ngan anggaran kuantiti sehingga 10,000 kilometer sebulan.

“Sehubungan lantikan sebagai vendor global oleh Aptiv USA tahun ini, kami berbesar hati untuk mengambil kontrak ini kerana ia mencerminkan kebolehan CWT dalam meng­aplikasikan teknologinya yang telah dipa­tenkan dalam bidang pembuatan alat ganti kenderaan.

“Dengan kontrak ini, Ta Win memasuki kawasan pertumbuhan baharu, terutamanya untuk produk yang relevan dengan pasaran bagi memenuhi pertumbuhan industri automotif.

“Kami optimis CWT akan te­rus mendapat kontrak tambahan daripada Aptiv untuk produk yang direka bentuk bagi meme­nuhi keperluan kenderaan yang berbeza-beza.

“Kami yakin peluang ini akan menyumbang secara positif terhadap perolehan Kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI