fbpx

Statistik Covid-19 Pulau Pinang guna keputusan RTK-Antigen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KON YEOW (dua dari kiri) meninjau program PSC19 di Flat Taman Manggis di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) akan menggunakan keputusan ujian saringan Covid-19 Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) untuk dilaporkan sebagai statistik bilangan kes di negeri ini mulai minggu ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini adalah kerana kadar kes positif Covid-19 di negeri ini adalah sekitar 11 peratus dan JKNPP hanya akan kembali menggunakan protokol Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) selepas kadar kes menurun kepada kurang daripada 10 peratus.

“Mulai minggu ini, JKNPP akan menggunakan keputusan saringan RTK-Antigen untuk dilaporkan sebagai statistik bilangan kes dan tidak lagi menunggu keputusan RT-PCR.

“Kita jangkakan bilangan kes akan bertambah sebab gunakan keputusan saringan RTK-Antigen mulai minggu ini,” katanya selepas meninjau program Penang Saring Covid-19 di Flat Taman Manggis di sini hari ini.

Sejak tiga minggu lalu, Pulau Pinang mencatatkan peningkatan kes Covid-19 dan semalam kes positif di negeri ini mencecah lebih 1,000 kes.

Dalam pada itu, Kon Yeow memaklumkan bekalan vaksin Pfizer di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) akan dijadualkan semula ekoran kelewatan bekalan vaksin berkenaan di peringkat antarabangsa. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI