fbpx

SOP baharu jejaskan sektor perkapalan di Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelaksa­naan prosedur operasi stan­dard (SOP) baharu yang dilihat tidak adil kepada Pulau Labuan bakal memberi kesan ketara kepada sektor ekonomi khususnya berkaitan syarikat perkapalan.

Kebimbangan terhadap pros­pek ekonomi Labuan itu telah disuarakan oleh Gabu­ngan Sektor Ekonomi Labuan yang baharu ditubuhkan dan ia disertai oleh pelbagai persa­tuan dan perusahaan.

Antaranya adalah Labuan Freight Forwarder Association, Sabah Shipping Agent Association, Malaysia Offshore Support Vessels Owners Association (MOSVA), Malaysia Shipow­ners’ Association, Petronas, Labuan Shipyard & Engineering dan Megah Port Ma­nagement & Asian Supply Base.

Ketidakadilan daripada pe­laksanaan SOP baharu itu dilihat memberi kesan kepada semua pihak kerana Labuan adalah antara negeri pertama di Malaysia yang mencatat vaksinasi lengkap sebanyak 80 pe­ratus dalam kalangan penduduk dan telah mencapai ­imuniti berkelompok.

Ketua fasilitator gabungan tersebut, TS Daniel Doughty berkata, Labuan berdepan de­ngan masalah dalam isu import dan eksport sejak 16 Julai lalu apabila kapal tempatan dan asing yang singgah di pulau tersebut perlu menjalani kua­rantin selama 14 hingga 21 hari.

Menurutnya, disebabkan isu tersebut, pedagang kapal tidak menunjukkan minat untuk berlabuh di Labuan bagi mengelak daripada dikenakan bayaran tambahan sepanjang mereka menjalani tempoh kuarantin.

“SOP baharu itu juga telah memberi kesan kepada ke­selamatan rangkaian bekalan lebih daripada tiga minggu. Sehubungan itu, bekalan peralatan mesin serta kelengkapan termasuk pengeluaran minyak dan gas turut terjejas.

“Sekali gus limbungan kapal terbeban dengan kerugian ekoran kontrak serta bayaran penalti yang tertunda,” katanya dalam kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI