fbpx

Sasar eksport 1 juta tan minyak sawit ke Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MUAR – Malaysia menjangkakan lonjakan pasaran eksport minyak sawit ke Turki dengan sasaran 1 juta tan setahun, mulai tahun hadapan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, peningkatan mendadak itu disasarkan hasil memorandum persefahaman (MoU) antara kedua pihak yang masih berlangsung.

“Baru-baru ini, kita membuat beberapa MoU bersama negara Turki untuk kita perkukuhkan lagi pasaran sawit negara ini, Turki bukan hanya negara, tetapi ia juga adalah pintu masuk ke negara Balkans selain menjadi sebahagian pintu masuk ke Iran dan Eropah. Maka kita melihat Turki adalah satu destinasi sangat penting bagi sawit Malaysia.

“Alhamdulillah, dengan komitmen besar negara itu, kita memperoleh angka yang tinggi untuk tahun ini. InshaAllah, kita akan bergerak untuk mencapai satu angka baru iaitu 1 juta tan setahun. Meskipun agak memerlukan masa, namun kita pasti akan bergerak ke situ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SKT Banquet Hall 68, Jalan Sungai Abong, di sini hari ini.

Mengulas lanjut perkara itu, Mohd. Khairuddin berkata, untuk peringkat awal, Malaysia meletakkan sasaran eksport minyak sawit ke Turki sebanyak 500,000 tan bermula tahun ini sebelum angka itu dijangka meningkat. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI