fbpx

Remaja dakwa dicabul pengamal perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video kejadian perselisihan faham antara suspek dan empat lelaki yang tular di media sosial baru-baru ini.

KOTA BHARU – Seorang pengamal perubatan dipercayai mencabul seorang remaja perempuan ketika menjalankan rawatan di rumah keluarga mangsa di Pasir Tumboh di sini minggu lalu.

Kejadian pukul 11 pagi itu dipercayai berlaku apabila keluarga remaja berusia 15 tahun itu menjemput suspek yang berasal dari sebuah negeri di utara pada 2 Ogos lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, ibu bapa mangsa menjemput suspek yang berusia 39 tahun untuk mengubati anaknya kerana didakwa histeria dan diganggu makhluk halus.

Katanya, ketika menjalani rawatan di dalam bilik, suspek dipercayai memegang dan meraba seluruh badan mangsa.

“Mangsa mengadu kepada ibu bapanya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian di sini malam semalam.

“Siasatan mendapati suspek merupakan pengamal perubatan tradisional yang cedera selepas dipercayai dipukul empat lelaki di sebuah inap desa di Kubang Kerian pada Rabu lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Berita berkaitan: Pengamal perubatan cedera dipukul bomoh, ustaz

Menurut Shafien, tiada tangkapan dilakukan dan polis akan memanggil suspek untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (1) (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Difahamkan, suspek yang cedera dipukul masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kerana menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis kronik. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI