KULIM – Seorang lelaki sanggup melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan merentas negeri menggunakan lorong tikus untuk mengambil teman wanitanya di Pulau Pinang sebelum mereka dicekup dalam operasi cegah maksiat di sini hari ini.
Lelaki berusia 22 tahun dan remaja perempuan berusia 17 tahun itu ditahan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim kira-kira pukul 1 pagi.
Difahamkan, pasangan terbabit baru mengenali antara satu sama lain menerusi aplikasi WhatsApp.
Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim (PADK), Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, mereka ditahan di sebuah rumah kampung yang merupakan rumah sewa lelaki tersebut.
Katanya, berdasarkan aduan orang awam, pihaknya membuat pemeriksaan di rumah tersebut dan seorang lelaki memakai baju kemeja T serta berseluar paras lutut datang membuka pintu.
“Kami kemudian memaklumkan tujuan kehadiran dan pemeriksaan lanjut menemui remaja perempuan itu bersembunyi di dalam bilik air tanpa pakaian,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929