PETALING JAYA- Pos Malaysia akan menghentikan skim Pos Rider secara berperingkat-peringkat berkuatkuasa 1 September ini.
Keputusan itu dibuat bersandarkan pelaksanaan rasionalisasi program khidmat luaran Pos Rider fasa dua yang melibatkan seramai 262 ejen Pos Rider di Lembah Klang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, program Pos Rider telah diperkenalkan pada tahun 2019 dan berjaya membantu syarikat menyampaikan lebih banyak bungkusan di seluruh Malaysia.
“Bagaimanapun, pasaran pos dan kurier domestik telah melalui perubahan di mana jumlah mel terus menurun dengan begitu ketara, manakala para pemain e-dagang pula telah mula menawarkan khidmat penghantaran,” katanya.
Bagi menghargai perkhidmatan bekas pekerja Pos Rider, Pos Malaysia akan memberi keutamaan kepada ejen-ejen ini untuk berkhidmat secara sambilan sekiranya ada peningkatan terhadap permintaan penghantaran bungkusan.
Menurutnya, hal ini akan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak apabila bekas Pos Rider dapat menjana pendapatan tambahan, manakala Pos Malaysia dapat mengekalkan kecekapan kos. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929