fbpx

Perkukuh mantapkan tadbir urus, tingkat peluang pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelan Perkukuh Pelaburan Rakyat (PERKUKUH) yang bertujuan memantapkan Dana Kekayaan Berdaulat negara dan Pelabur Institusi agar menjadi entiti bertaraf antarabangsa dengan tadbir urus yang teguh dalam memenuhi aspirasi jangka panjang nasional.

KWSP dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, sebagai Pelabur Institusi yang membawa objektif mengoptimumkan pulangan ahli secara lestari, pihaknya menyokong penuh inisiatif memperkenalkan Dana Pelaburan Hijau bercirikan ‘opt-in’ yang akan memperkasakan ahli untuk membuat pilihan pelaburan yang mencerminkan nilai dan matlamat peribadi.

“Inisiatif jangka masa sederhana hingga panjang ini juga akan menyumbang kepada komitmen kelestarian KWSP, di samping mencapai objektif sosioekonomi nasional dalam merancakkan ekonomi hijau dan menggalakkan impak sosial yang positif.

“Dari aspek perlindungan sosial, pelan ini juga sedang menerokai langkah-langkah untuk meningkatkan liputan dan kecukupan perlindungan sosial bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat perlindungan serta kemampuan dalam memperbaiki taraf hidup mereka.

“KWSP juga ambil maklum akan keperluan penambahbaikan yang digariskan untuk Pelabur Institusi dalam pelan Perkukuh, agar semua rakyat Malaysia memperoleh manfaat melalui prestasi pulangan risiko,” katanya.

Menurut KWSP, pihaknya bersedia menjalin kerjasama erat dengan kerajaan dan rakan-rakan institusi untuk melaksanakan pelan tersebut dan pada masa sama, tetap fokus dalam memenuhi mandat untuk melindungi simpanan ahli untuk kesejahteraan masa depan mereka. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI