fbpx

Penggali kubur dinobat Anugerah Tokoh Frontliner Ma’al Hijrah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslee ketika bertugas menyediakan liang lahad untuk pengebumian jenazah Covid-19. - Foto Ihsan Jawi

PUTRAJAYA – Penggali kubur, Roslee Ali, 63, dipilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Tokoh Frontliner pada sambutan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H hari ini.

Pengumuman itu dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi kenyataan akhbar dengan memaklumkan Anugerah Tokoh Frontliner adalah anugerah pertama kali diperkenalkan pada sambutan Ma’al Hijrah kali ini.

Jawi berkata, Roslee berkhidmat sebagai penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak Taman Selaseh sejak tahun 2011.

“Dia (Roslee) terlibat di dalam urusan pengebumian jenazah Covid-19 sejak pandemik mula melanda negara serta pernah menyediakan sekitar 40 liang lahad dalam sehari,” katanya.

Katanya, panel pemilihan juga memilih Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Ismuni Bohari sebagai seorang lagi penerima Anugerah Tokoh Frontliner.

Dalam pada itu, Jawi berkata, penerima Anugerah Tokoh Korporat diberikan kepada Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn. Bhd, Datuk Ramly Mokni manakala, Anugerah Tokoh Pendakwah Kreatif pula diberikan kepada Pengacara dan Personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya.

Selain itu, penerima Anugerah Tokoh Mualaf diberikan kepada Nur Maisarah Leong Yoke Keen iaitu Pembantu Mubaligh di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sementara itu, katanya, penerima bagi Anugerah Tokoh Utama Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1443H dianugerahkan kepada Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat (B) iaitu Bekas Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI