fbpx

Penduduk Orang Asli dibenar jual hasil hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash Wahid (tengah) melihat kotak makanan yang diberikan kepada anggota bertugas ketika meninjau kawasan PKPD daerah Batang Padang di Tapah hari ini.

TAPAH – Penduduk Orang Asli di Batang Padang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh menarik nafas lega selepas dibenarkan menjual hasil hutan semasa tempoh tersebut.

Walau bagaimanapun mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD, sebaliknya hasil hutan itu diletakkan di pos kawalan untuk diambil peraih.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kelonggaran itu bagi memastikan masyarakat Orang Asli masih dapat mencari pendapatan.

“Kita ada buat perbincangan, jika mahu pasarkan (hasil hutan), mereka boleh hantar di pos kawalan dan orang luar (peraih) ambil.

“Tiada masalah untuk memasarkan hasil hutan, sebab itu cara mereka dan kita tidak boleh halang cuma tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pos kawalan Batu 7, Jalan Pahang di sini selepas meninjau hari pertama pelaksanaan PKPD di Batang Padang hari ini.

Sebanyak 23 perkampungan Orang Asli suku Semai di Batang Padang dilaksanakan PKPD selama 14 hari sehingga 24 Ogos ini.

Difahamkan, sebanyak 3,821 sampel diambil daripada penduduk dan daripada jumlah itu, 784 orang dilaporkan positif Covid-19 dengan lapan kematian.

Menurut Mior Faridalathrash, polis meningkatkan pemantauan di kesemua 23 lokaliti dengan menempatkan 12 pos kawalan.

Beliau berkata, setakat ini, tiada laporan diterima pihaknya berhubung cubaan membuat laluan tikus baharu mahupun mengalihkan halangan.

Jelasnya, PKPD itu melibatkan 5,165 penduduk manakala tugas kawalan turut dibantu Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq Kem Bidor. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI