fbpx

Maqis rampas cempedak, mangga dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian cempedak dari Thailand yang dirampas di ICQS Durian Burung pada Ahad lalu.

KUALA NERANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah menggagalkan cubaan membawa masuk buah cempedak serta mangga dan lengkuas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Durian Burung dan Bukit Kayu Hitam, baru-baru ini.

Maqis negeri dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, hasil pemeriksaan rutin kira-kira pukul 6 petang, Ahad lalu di ICQS Durian Burung mendapati sebanyak 150 kilogram (kg) cempedak bernilai RM300 cuba dibawa masuk tanpa mematuhi syarat import.

“Buah itu dibawa masuk tanpa mematuhi syarat import 3P iaitu pelabelan, penggredan dan pembungkusan yang ditetapkan dalam syarat permit import Maqis.

“Kegagalan untuk mengemukakan maklumat tersebut menjadi kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Maqis sekali lagi berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk buah mangga dan lengkuas bernilai RM450 tanpa permit import sah di ICQS Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 7.30 malam, Isnin lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI