fbpx

Maik beri kelonggaran syarat bantuan M40, B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azman (dua kanan) menyerahkan bantuan Prihatin Maik kepada wakil NGO di Lembah Sireh, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat dan Istiadat Melayu Kelantan (Maik) melonggarkan syarat permohonan bagi mendapatkan bantuan melibatkan golongan B40 dan M40 bermula bulan lalu.

Ketua Pegawai Pembangunan Maik, Mohd. Azman Ghazali berkata, kelonggaran itu diputuskan bagi membolehkan lebih ramai penduduk negeri ini yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh menerima bantuan.

“Kita longgarkan beberapa syarat kelayakan. Sebagai contoh had pendapatan sebanyak RM2,000 masih lagi layak terima bantuan zakat bergantung kepada tanggungan dan faktor lain. Golongan M40 juga layak menerima bantuan jika terkesan.

“Maik melonggarkan syarat bersesuaian dengan keadaan terkini selain menyalurkan bantuan perangsang ekonomi supaya penerima menceburi bidang perniagaan sebagai usaha menambah punca pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Prihatin Maik bersama badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan dan Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan di Lembah Sireh di sini hari ini.

Dalam majlis itu, sebanyak 300 bakul makanan diagihkan kepada masyarakat Cina yang terkesan ketika PKP dengan menjadikan jumlah keseluruhan 30,500 bakul makanan telah diber kepada penerima di seluruh negeri menerusi Program Prihatin Maik. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI