fbpx

Kes Neelofa, suami ditangguh lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA dan Muhammad Haris.

SEREMBAN – Sebutan semula kes pendakwaan selebriti popular Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya atas pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai permaidani di Nilai ditangguhkan sekali lagi pada 24 September depan.

Peguam, Haresh Mahadevan yang mewakili pasangan Noor Neelofa dan Muhammad Haris Mohd. Ismail berkata, kes itu sepatutnya disebut semula hari ini tetapi dijadualkan semula atas arahan mahkamah.

“Tarikh pengurusan kes Neelofa dan suami dijadualkan semula pada 24 September depan berikutan pematuhan kepada Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bil. 9 Tahun 2021,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sebelum ini, Kosmo melaporkan pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di Nilai 3 di sini pada 2 Mei lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI