fbpx

Kerajaan timbang wajib suntikan vaksin Covid-19 secara mandatori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kiri) beramah mesra dengan salah seorang penerima vaksin Covid-19 di PPV TTI, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan suntikan vaksin Covid-19 secara mandatori kepada seluruh rakyat Malaysia bagi mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang bulan Oktober ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu akan diputuskan kerajaan selewat-lewatnya bulan depan sebaik kajian ke atas golongan yang menolak vaksin atau anti vaksin selesai sepenuhnya.

Menurut beliau, sekiranya dilaksanakan kelak, individu yang enggan menerima suntikan dos vaksin Covid-19 boleh dikenakan hukuman mengikut undang-undang sedia ada.

“Kita akan mengkaji terlebih dahulu jika kumpulan anti-vaksin ini tidak mahu menerima vaksin kerana berpenyakit atau sengaja tidak percaya dengan vaksin.

“Dengan pelbagai varian seperti Delta, penerima vaksin juga boleh dijangkiti disebabkan mereka (anti-vaksin) yang kemudian memberi masalah kepada negara,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Taman Tamadun Islam (TTI), di sini hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan secara serius untuk menjadikan vaksin Covid-19 sebagai mandatori bagi memastikan imuniti berkelompok boleh dicapai. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI