fbpx

Kanye West, sisa cinta Kim Kardashian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANYE WEST dan Kim Kardashian bercerai pada Februari lalu.

SECARA simboliknya, Kanye West merupakan seorang genius muzikal global. Kepada pengikut intim perihal budaya pop, kalian sedia tahu bahawa pemilik nama lengkap Kanye Omari West itu akan melancarkan album studio terbaharunya, Donda pada tanggal 15 Ogos depan.

Selain daripada menderaskan adrenalin peminat akan menanti album baharunya, ramai yang semakin mengharapkan masih ada rasa cinta antara pelantun lagu Heartless itu dengan bekas isterinya yang juga mogul kecantikan dunia, Kim Kardashian.

Masakan tidak, biarpun sudah berpisah Februari lalu, Kim tetap menghadiri sesi pra-dengar album terbaharu Kanye yang diadakan beberapa hari lalu di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta, Amerika Syarikat.

Berpakaian sedondon berona hitam, Kanye membuatkan desas-desus tautan semula hubungan cintanya dengan Kim kian menyala dan masih mempunyai harapan apabila membutirkan lirik rap lagu terbaharunya berbunyi: “Time and space is a luxury / But you came here to show that you’re still in love with me.”

Jika diterjemahkan secara mendalam, lirik tersebut seperti memberi bayangan jelas bahawa kemunculan Kim ke persembahan istimewanya pada waktu tersebut kerana masih mempunyai rasa cinta terhadap Kanye.

Peminat tidak menunggu lama untuk bercerita perihal hubungan mereka. Spekulasi bahang cinta yang masih bersisa antara Kim dan Kanye yang sudah bercerai awal tahun lalu mula tersebar luas.

KANYE WEST dilihat masih percaya bahawa bekas isterinya, Kim Kardashian masih berbaki perasaan sayang dan cinta terhadap dirinya. Perkara tersebut diungkapkan Kanye menerusi lagunya.

‘Kim masih cinta’

“Sekarang Kanye mengatakan Kim datang menonton persembahannya kerana dia masih cintakan lelaki itu,” ciap seorang peminat dalam Twitter.

“Kanye rap ‘but you came here to show you’re still in love with me’, Kim kalau masih tak faham, dapatkan cinta anda kembali dengan segera,” tulis seorang lagi peminat.

Apa yang lebih manis, tidak hanya datang berseorangan, Kim turut ditemani beberapa orang anaknya, termasuk North dan Chicago West.

Mereka sekeluarga memberi sokongan kepada Kanye walaupun tidak lagi bersama sebagai sekeluarga ‘sempurna’.

Apa yang kian membuatkan peminat terus bercakap tentang hubungan cinta antara Kanye dan Kim, sehingga kini Kim masih belum menukar nama profil Instagramnya. Dia masih, Kim Kardashian West.

Seorang peminat menciap dalam Twitter: “Tidak dinafikan Kim masih cintakan Kanye, dia masih belum menukar nama akhirnya dan dia pakai busana dengan topeng muka mengarut demi menyokong bekas suaminya.”

Menular juga satu lagi desas-desus mendakwa Kanye dan bekas isterinya, Kim sedang mengusahakan sesuatu untuk kembali kepada kehidupan sebelum ini iaitu suami isteri.

SELEPAS bercerai dengan Kim pada Februari lalu, Kanye West kini menetap adi Wyoming, manakala Kim di California, Amerika Syarikat.

Hanya kawan rapat

Selepas berpisah dengan Kim, Kanye bagaimanapun dikhabarkan sempat menjalin hubungan asmara dengan bekas teman wanita Bradley Cooper yang juga seorang model terkemuka, Irina Shayk.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu Kanye sudah lama mengenali Irina.

Mereka juga kerap bertembung dalam acara fesyen sejak beberapa tahun lalu.

Mula berhubung sejak bulan lalu, Kanye dikatakan meminati Irina disebabkan statusnya sebagai model yang disegani dalam industri fesyen.

PEMINAT dakwa Kim masih cintakan Kanye, kerana belum menukar nama akhirnya dan dia pakai busana dengan topeng muka mengarut demi menyokong bekas suaminya.

“Kanye dan Irina sudah banyak kali bertemu pada acara fesyen sepanjang beberapa tahun. Mereka sudah agak lama mengenali antara satu sama lain.

“Bulan lalu, Kanye menghubungi Irina dan mereka mula rapat. Kanye sukakan Irina, kerana dia tahu mengenai fesyen dan model yang disegani dalam industri itu,” kata sumber.

Sebelum ini, foto Kanye bersama Irina ketika menyambut ulang tahun kelahiran penyanyi itu yang ke-44 di Perancis sempat dirakam.

Bagaimanapun, hubungan cinta antara Kanye dan Irina dikatakan sudah berakhir kerana hanya menganggap lelaki kulit hitam itu tidak lebih daripada seorang kawan.

SELEPAS bercerai dengan Kim, Kanye dikatakan sempat menyukai seorang model iaitu Irina Shayk.

Donda

Untuk rekod, Kim, 41, menfailkan perceraian mereka pada Februari lalu selepas dia dan Kanye tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan sebelum itu.

Kanye tinggal di kediamannya di Wyoming, Amerika Syarikat, manakala Kim bersama anak-anak menetap di rumah agam mereka di California.

Pasangan itu berkahwin pada 24 Mei 2014 di Florence, Itali. Hasil perkongsian hidup itu, mereka mempunyai empat cahaya mata iaitu North, 8; Saint, 6; Chicago, 3, dan Psalm, 2 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI